04 August 2010

:: Kerna Kasih Giveaway ::

Saya selalu ziarah blog Jiey, untuk ambil tahu perkembangan si hensem Rayyan Arif, bila Jiey buat Giveaway dgn hadiah yg sgt membulatkan mata saya, of course saya nak cuba. dgn harapan, mainan Nawal akan bertambah. ehehhehee. bkn2, dgn harapan sesi pembelajaran nawal akan lebih menyeronokkan dgn adanya hadiah dr give away ni. :)




Baby’s name: Aisyah Nawal Bt Mohd Salleh
Mother's name: Riena Yusuf
Baby's DOB: 23 Jun 2009

Sebagai ibu yang bekerjaya, (ecewah, poyo saja) masa dgn anak tentunya sgt terhad. keluar rumah jam 7 pagi dan pulangnya jam 6 petang, berapa lama lah sgt masa saya dgn anakanda tercinta. Waktu tidor Nawal pulak jam 8-9 mlm setiap malam. jadi, saya hanya punya berapa jam saja bersamanya sebelum dia melelapkan mata.

Setiap hari (isnin - jumaat) saya akan menghantar Nawal ke rumah pengasuhnya (kakak ipar saya sendiri). Jarak dr rumah saya ke rumah pengasuhnya adalah dalam 20 minit, lebih kurang. kalau jammed atau lintasan keretapi, perjalanan akan jd setengah jam. jadi saya gunakan masa itu sepenuhnya dgn berbual dgn nawal. mengajarnya mengira. atau berzikir. kadang2 kami bernyanyi sambil nawal bertepuk tangan. perjalanan yg jauh tak terasa bosan dgn aktiviti kami 2 beranak. kalau waktu pagi 20 minit, dan waktu ptg 20 minit, selama 40 minit tu saya gunakan dgn sepenuhnya. bercakap2 dgn nawal, tunjukkan dia apa2 yg menarik mcm bas, keretapi, pokok besar dan lain2. tapi pastikan, hati2 masa memandu, jgn asyik layan anak sampai bwk kereta pun lintang pukang. Walaupun kdg2 nawal terlena dlm kereta, saya masih mengalunkan zikir utknya, saya tahu dia mendengar suara saya. :)

Gambar di atas di ambil ketika saya berhentikan kereta utk beri laluan keretapi melintas. teruja nawal dpt tgk keretapi. dan baru boleh bergambar.

bg saya yg penting ialah masa yg berkualiti dgn anak, kuantitinya, pasrahlah setakat yg termampu.

(maaf Jiey, panjang plak mengarang. hehe)

:: Moment With Newborn Baby Contest ::

Saya seronok nak join contest ini, sbb dapat mengimbau kenangan melahirkan Nawal lebih setahun lalu.
terima kasih Puan Alyyani kerana anjurkan contest ini.
 
 
Gambar pertama nawal sejurus selepas dilahirkan ialah :
 
nama : AISYAH NAWAL BT MOHD SALLEH
tarikh lahir : 23 JUN 2009
berat semasa lahir : 2.88 KG
umur ketika gambar diambil : 1 HARI
nama ibu : RIENA YUSUF
email : arienaz@yahoo.com
cerita disebalik gambar : pertama kali saya memandang dia, mcm tak percaya itu anak saya. mcm anak cina lah~! dgn mata yg sepet, dgn putih kemerahan, saya tanya nurse, sure ini anak saya, takut tertukar dgn baby lain. ahaks! bila saya lihat wajah suami, baru saya yakin, anak saya mewarisi mata sepet ayahnya. ada pulak mcm anak cina..! hahahahaha!

nawal, ummi bahagia lahirkan kamu. kamu anugerah terindah utk ummi. :)

02 August 2010

1st entry

Ummi telah create blog baru sbb nak join contest2 yg byk sgt dlm dunia blog ni.

tak nak campur dlm blog ummi nanti serabut org tak nak baca dah. hehe