Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

05 September 2010

Ramadhan Giveaway - Cuteykids.blogspot

(entry melekat sehingga 5 sept 2010)
kali ni ummi join giveaway plak. Dianjurkan oleh blogshop Cuteykids, GA ni berlangsung sehingga 5 sept. hadiahnya menarik jgk! baju2 yg dijual pun cantik2.


Cuteykids buat promosi  'CUTEYKIDS MEGA SALE FOR HARI RAYA FROM 2/8/10 - 5/9/10' dan sesuai dgn slogan  'WE ARE THE REASONABLE E-MALL FOR BRANDED KIDS APPAREL', mmg sesuai utk shopping baju raya kat sini.

apa lagi, jom join GA dan shopping baju raya kat Cuteykids!


04 August 2010

:: Kerna Kasih Giveaway ::

Saya selalu ziarah blog Jiey, untuk ambil tahu perkembangan si hensem Rayyan Arif, bila Jiey buat Giveaway dgn hadiah yg sgt membulatkan mata saya, of course saya nak cuba. dgn harapan, mainan Nawal akan bertambah. ehehhehee. bkn2, dgn harapan sesi pembelajaran nawal akan lebih menyeronokkan dgn adanya hadiah dr give away ni. :)




Baby’s name: Aisyah Nawal Bt Mohd Salleh
Mother's name: Riena Yusuf
Baby's DOB: 23 Jun 2009

Sebagai ibu yang bekerjaya, (ecewah, poyo saja) masa dgn anak tentunya sgt terhad. keluar rumah jam 7 pagi dan pulangnya jam 6 petang, berapa lama lah sgt masa saya dgn anakanda tercinta. Waktu tidor Nawal pulak jam 8-9 mlm setiap malam. jadi, saya hanya punya berapa jam saja bersamanya sebelum dia melelapkan mata.

Setiap hari (isnin - jumaat) saya akan menghantar Nawal ke rumah pengasuhnya (kakak ipar saya sendiri). Jarak dr rumah saya ke rumah pengasuhnya adalah dalam 20 minit, lebih kurang. kalau jammed atau lintasan keretapi, perjalanan akan jd setengah jam. jadi saya gunakan masa itu sepenuhnya dgn berbual dgn nawal. mengajarnya mengira. atau berzikir. kadang2 kami bernyanyi sambil nawal bertepuk tangan. perjalanan yg jauh tak terasa bosan dgn aktiviti kami 2 beranak. kalau waktu pagi 20 minit, dan waktu ptg 20 minit, selama 40 minit tu saya gunakan dgn sepenuhnya. bercakap2 dgn nawal, tunjukkan dia apa2 yg menarik mcm bas, keretapi, pokok besar dan lain2. tapi pastikan, hati2 masa memandu, jgn asyik layan anak sampai bwk kereta pun lintang pukang. Walaupun kdg2 nawal terlena dlm kereta, saya masih mengalunkan zikir utknya, saya tahu dia mendengar suara saya. :)

Gambar di atas di ambil ketika saya berhentikan kereta utk beri laluan keretapi melintas. teruja nawal dpt tgk keretapi. dan baru boleh bergambar.

bg saya yg penting ialah masa yg berkualiti dgn anak, kuantitinya, pasrahlah setakat yg termampu.

(maaf Jiey, panjang plak mengarang. hehe)