Baby’s name: Aisyah Nawal Bt Mohd Salleh
Mother's name: Riena Yusuf
Baby's DOB: 23 Jun 2009
Mother's name: Riena Yusuf
Baby's DOB: 23 Jun 2009
Sebagai ibu yang bekerjaya, (ecewah, poyo saja) masa dgn anak tentunya sgt terhad. keluar rumah jam 7 pagi dan pulangnya jam 6 petang, berapa lama lah sgt masa saya dgn anakanda tercinta. Waktu tidor Nawal pulak jam 8-9 mlm setiap malam. jadi, saya hanya punya berapa jam saja bersamanya sebelum dia melelapkan mata.
Setiap hari (isnin - jumaat) saya akan menghantar Nawal ke rumah pengasuhnya (kakak ipar saya sendiri). Jarak dr rumah saya ke rumah pengasuhnya adalah dalam 20 minit, lebih kurang. kalau jammed atau lintasan keretapi, perjalanan akan jd setengah jam. jadi saya gunakan masa itu sepenuhnya dgn berbual dgn nawal. mengajarnya mengira. atau berzikir. kadang2 kami bernyanyi sambil nawal bertepuk tangan. perjalanan yg jauh tak terasa bosan dgn aktiviti kami 2 beranak. kalau waktu pagi 20 minit, dan waktu ptg 20 minit, selama 40 minit tu saya gunakan dgn sepenuhnya. bercakap2 dgn nawal, tunjukkan dia apa2 yg menarik mcm bas, keretapi, pokok besar dan lain2. tapi pastikan, hati2 masa memandu, jgn asyik layan anak sampai bwk kereta pun lintang pukang. Walaupun kdg2 nawal terlena dlm kereta, saya masih mengalunkan zikir utknya, saya tahu dia mendengar suara saya. :)
Gambar di atas di ambil ketika saya berhentikan kereta utk beri laluan keretapi melintas. teruja nawal dpt tgk keretapi. dan baru boleh bergambar.
bg saya yg penting ialah masa yg berkualiti dgn anak, kuantitinya, pasrahlah setakat yg termampu.
(maaf Jiey, panjang plak mengarang. hehe)
1 comment:
mana ada pjg, pendek je, tak puas baca..hehe
Post a Comment